1 Notes

Frasa Bintang: Bencana Alam

LETUSAN GUNUNG BERAPI

v     Rekahan pada bumi

 v     menghambur lava dan gas beracun

v     Letupan senyap menyebarkan lava basaltik

v     dengan melontar wap dan serpihan batu tinggi dari permukaan laut.

v     pembentukan daratan pembentukan daratan

v     Magma berada dalam tekanan tinggi dan kadang kala memancut keluar

v     Lava ialah cairan larutan magma pijar yang mengalir keluar dari perut bumi melalui kawah gunung berapi

  • lava akan meleleh jauh dari sumbernya membentuk lava akan meleleh jauh dari sumbernya membentuk
  • Apabila gunung berapi meletus, magma yang terkandung di dalam kamar magma di bawah gunung berapi meletus keluar sebagai lahar atau lava. Selain daripada aliran lava, kemusnahan oleh gunung berapi disebabkan melalui pelbagai cara seperti berikut :-
  1. Aliran lava.
  2. Letusan gunung berapi.
  3. Aliran lumpur.
  4. Abu.
  5. Kebakaran hutan.
  6. Gas beracun.
  7. Gelombang tsunami.
  8. Gempa bumi.

TSUNAMI

v     Tsunami melanda pantai

v     menghasilkan ombak setinggi 10 m, dan membunuh lebih 6,000 orang.

v     Gempa bumi paling besar dalam sejarah (berukuran 9.5) di selatan perairan Chile menghasilkan tsunami di Lautan Pasifik dan membunuh lebih 3,000 orang di Chile dan Hawaii.

GEMPA BUMI

v     Gempa bumi, adalah suatu fenomena pergerakan permukaan bumi disebabkan oleh pergerakan yang mengejut di permukaan bumi yang berbatu.

v     Ahli seismologi mengkaji bahagian gempa bumi seperti geseran pada garisan memanjang yang mengakibatkan gempa bumi

v     Dengan mengkaji bahagian dan proses pembentukan gempa bumi, ahli seismologi mengetahui kesan dan bagaimana meramal kemunculan agar kemusnahannya tidak begitu ketara.

v     Gempa bumi biasanya disebabkan oleh pergerakan rekahan geologi, kecacatan zon quasi-planar di kerak bumi.

v     Gempa bumi yang kuat mampu menyebabkan kerosakan dan kehilangan nyawa yang besar melalui beberapa cara termasuk retakkan pecah (fault rupture), getaran bumi (gegaran) banjir disebabkan oleh tsunami, empangan pecah, pelbagai jenis kerosakan muka bumi kekal seperti tanah runtuh, tanah lembik, dan kebakaran atau perlepasan bahan beracun.

v     Dalam gempa bumi tertentu, sesuatu cara kemusnahan lebih menonjol, dan dalam sejarah setiapnya menyebabkan kerosakan dan kehilangan nyawa yang teruk, tetapi kebanyakan gempa bumi, gegaran merupakan paling menonjol dan juga merupakan punca utama kerosakan.

1 Notes

Bencana Alam

1 Notes

Bencana Alam 2008

KELOLAAN
2008 - tahun bencana alam

Lebih 220,000 nyawa terkorban akibat gempa bumi, banjir dan ribut taufan

By Norman Sawi

TAHUN 2008 akan diingati sebagai tempoh berlakunya bencana alam yang paling dahsyat dalam sejarah - dari segi kesan kepada manusia dan ekonomi, menurut Munich Re, antara syarikat insurans terbesar di dunia.

Lebih 220,000 nyawa terkorban akibat gempa bumi, banjir dan ribut taufan - angka tertinggi semenjak 2004, apabila tsunami Asia berlaku.

Ekonomi dunia pula kerugian sekitar AS$200 bilion ($288.8 bilion), dengan kerugian tanpa insurans bernilai sejumlah AS$45 bilion.

Kerugian besar ini bermakna 2008 adalah tahun ketiga paling ‘mahal’ dalam sejarah, selepas 1995 (gempa bumi Kobe di Jepun) dan 2005, Taufan Katrina di Amerika). Dan secara kebetulan, Asia menjadi mangsa yang paling teruk dilanda bencana alam.

Berikut ialah tiga bencana alam utama 2008:

Taufan Nargis, Myanmar.

Taufan Nargis di Myanmar membunuh sekitar 130,000 penduduknya dan menghancurkan kawasan rendah di daerah Irrawaddy Delta.

Beribu-ribu penduduk masih dilaporkan hilang.

Nargis yang meradang sekitar seminggu itu melanda negara Asean itu pada 27 April 2008 dan hanya reda pada 3 Mei. Ia melanda dengan kelajuan sehingga 215 kilometer sejam. Kerugian harta dianggarkan sekitar AS$10 bilion

Gempa bumi Sichuan, China

Sekitar 70,000 penduduk Sichuan terbunuh dan berjuta-juta lagi kehilangan sara hidup mereka apabila sebuah gempa bumi menggegarkan kawasan di Selatan China itu.

Diukur sebesar 8 di skala Richter, gempa bumi Sichuan adalah gempa bumi ke-19 paling dahsyat dalam sejarah dunia.

Bahkan, gegarannya dirasai di negara-negara jiran dan di kawasan sejauh Beijing (1,500 kilometer) dan Shanghai (1,700 kilometer).

Munich Re menganggarkan kerugian harta sebanyak AS$85 bilion, menjadikan gempa bumi Sichuan yang paling mahal selepas gempa bum Kobe.

Taufan Ike, Cape, Verde, Amerika Syarikat

Taufan Ike adalah taufan ketiga paling dahsyat yang melanda Amerika dalam sejarah.

Sebenarnya, ia hanya satu daripada lima taufan utama yang melanda kawasan Atlantik Utara tahun lalu, yang juga diancam 16 ribut tropika.

Taufan yang berlaku dari 1 hingga 16 September itu meragut 164 nyawa dan menyebabkan lagi 202 kehilangan tempat tinggal.

Ia telah menjejas kawasan seperti Turks and Caicos, Bahamas, Haiti, Dominican Republic, Cuba, Florida Keys, Mississippi, Lousiana, Texas, Mississippi Valley, Ohia Valley dan daerah Great Lakes.

Kerugian dianggarkan setinggi AS$30 bilion.

Wikipedia: Bencana Alam

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Bencana alam adalah kesan buruk daripada kejadian atau gabungan aktiviti semula jadi, seperti letusan gunung berapi, gempa bumi, tanah runtuh, taufan) dan aktiviti manusia. Disebabkan kekerdilan sifat manusia, bencana alam sering menyebabkan keadaan darurat, sehingga menyebabkan kerugian kewangan dan struktur, malah sampai kematian. Kerugian ini bergantung kepada kemampuan untuk mengelak atau menghindari bencana dan ketahanan mereka[1].

Gunung berapi meletus

1 Notes

Puting Beliung

1 Notes